Pilih Bahasa

Kakitangan perlu sokong setiap program anjuran RTM: Malinaziah

Oleh Zakaria Damit

Malinaziah (tengah) bergambar kenangan dengan pemenang hadiah utama. – Gambar SNT/Zakaria Damit

KOTA KINABALU: Pegawai serta kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah perlu komited telibat dalam program yang dianjurkan di peringkat jabatannya. 

Pengarahnya, Malinaziah Datu Mohd Julaspi berkata peluang seumpama itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya agar semua pegawai serta kakitangannya dapat mengenali antara satu sama lain.

Katanya ini sekaligus dapat mewujudkan ruang untuk beriadah di samping dapat menjayakan setiap program yang dianjurkan pada masa depan.

Malinaziah (kiri) menerima cenderakenangan daripada Zakaria. – Gambar SNT/Ihsan RTM

“Kita sangat gembira pada hari ini berikutan kehadiran serta sambutan yang menggalakan dalam program yang dianjurkan di peringkat jabatan.

“Kerjasama ini sudah tentu akan meningkatkan motivasi kepada pihak penganjur untuk merancang aktiviti yang memberi manfaat kepada semua pegawai serta kakitangan di peringkat RTM Sabah,” katanya dalam ucapan perasmian Hari Keluarga Kelab Sukan dan Kebajikan RTM Sabah di Kota Kinabalu, hari ini.

Malinaziah berkata dalam tempoh sama pihak kelab perlu bijak merancang pelbagai program untuk menarik minat kalangan ahlinya hadir dalam setiap program yang dianjurkan mereka.

Malinaziah berucap di majlis Hari Keluarga Kelab Sukan dan Kebajikan RTM Sabah di Kota Kinabalu. – Gambar SNT/Zakaria Damit

“Kita yakin dengan kemampuan barisan kepimpinan baharu dalam kelab ini yang berjaya menganjurkan program hari keluarga yang menarik minat ahlinya menyertai program mereka,”katanya.

Sementara itu beliau turut mengesa agar kakitangan lain yang belum berdaftar sebagai ahli supaya berbuat demikan bagi membolehkan mereka bersama-sama menjayakan program serta aktiviti di masa depan. – SabahNewsToday