Pilih Bahasa

KANAK-KANAK CEDERA TERTUSUK KAYU DI BAHU

Oleh Alfred Petrus

Pihak bomba membantu memotong kayu yang tertusuk di bahu kanak-kanak tersebut. Gambar SNT/Ehsan Bomba

SEMPORNA: Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah akibat tertusuk kayu di badannya.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) di sini pada Jumaat, mangsa berumur lapan tahun itu tertusuk kayu di bahagian bahu kirinya.

Dalam pada itu, pihak bomba bertindak memotong kayu tersebut dengan menggunakan peralatan khas bagi memudahkan mangsa dipindahkan dan dibawa ke hospital Tawau.

Operasi ditamatkan pada pukul 3.48 petang. -SabahNewsToday