Pilih Bahasa

KANAK-KANAK LELAKI DIKHUATIRI LEMAS JATUH LONGKANG

Oleh Mohd Nazllie Zainul

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh di dalam longkang besar di Kampung Peringatan, Petagas, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Alwadi Abdullah, 3, masih belum ditemui setakat ini.

Anggota bomba melaksanakan operasi mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas di longkang Kampung Peringatan, Petagas. -Gambar SNT/ Ihsan Bomba

Pegawai Bomba Tinggi Balai Bomba Kota Kinabalu, Jamaludin Husin berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan berikutan penemuan selipar mangsa berada di tepi longkang terbabit.

Jamaludin berkata pasukan bomba giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama pasukan penyelamat di air (PPDA) kini masih berada dilokasi kejadian untuk mencari mangsa.

Menurut beliau, pihaknya menggunakan khidmat unit pengesan K9 bagi memudahkan pencarian. -SabahNews Today