Kategori: PRN Sabah

Yang Dipertua Negeri Sabah minta tempoh tentukan Ketua Menteri – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 27 Sept — Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin meminta tempoh bagi menentukan siapa Ketua Menteri Sabah yang baharu, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.  “Secepat yang mungkin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika ditanya bila nama Ketua Menteri Sabah yang baharu akan[...] [...]

Beberapa pimpinan GRS tiba di Istana Negeri

KOTA KINABALU: Beberapa pimpinan parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tiba di Istana Negeri petang ini untuk menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin. Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Seri Hajiji Noor tiba pada pukul 2.28 petang diikuti Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Bung[...] [...]

GRS dakwa bentuk kerajaan Sabah dengan majoriti mudah – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 26 Sept — Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendakwa membentuk kerajaan baharu Sabah setelah memperolehi majoriti mudah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 hari ini. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mendakwa gabungan itu dianggotai BN, Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) telah memperoleh 37[...] [...]

PRN Sabah: Keadaan keselamatan terkawal – Polis

PAPAR, 26 Sept  — Keadaan keselamatan di negeri ini pada keseluruhannya terkawal semasa proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung, tanpa sebarang insiden yang tidak ingini berlaku, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali. Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar hari ini, beliau berkata keadaan terkawal di semua pusat mengundi. Sebelum[...] [...]

PRN Sabah: Peneraju utama parti selesai mengundi

KOTA KINABALU, 26 Sept  — Beberapa peneraju utama parti telah selesai melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16, bermula seawal jam 7.30 pagi. Kesemua mereka dilihat memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 ditetapkan Kementerian Kesihatan sewaktu[...] [...]

Bung Moktar yakin pengundian lancar

KINABATANGAN: Calon Barisan National (BN), Datuk Seri Bung Moktar Radin tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Garam, di sini pada pukul 11 pagi bagi menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya  Negeri (PRN) Sabah. Bung Moktar yang merupakan Pengerusi BN Sabah tiba di SMK Bukit[...] [...]

PRN Sabah: Proses pengundian dikendali dengan baik – Darell Leiking

PENAMPANG, 26 Sept — Timbalan Presiden Warisan yang juga calon Warisan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog, Datuk Darell Leiking berpuas hati dengan proses pengundian pilihan raya negeri hari ini. Ahli Parlimen Penampang dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu yang mengundi di SK Sugud, Penampang kira-kira jam 9.40 pagi tadi berkata Suruhanjaya Pilihan[...] [...]

PRN Sabah: 41 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari – SPR

KOTA KINABALU, 26 Sept — Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sehingga 12 tengah hari ialah sebanyak 41 peratus sejak pusat pengundian dibuka pada 7.30 pagi tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Jumlah itu meningkat berbanding 32 peratus pada 11 pagi seperti diumumkan Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebentar tadi. SPR menyasarkan antara 70 hingga[...] [...]

Ewon selesai mengundi di SK Kiau

KOTA BELUD: Calon Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Dewan Undangan Negeri (DUN Kadamaian) Datuk Ewon Benedick selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi berdaftar di pusat mengundi SK Kiau hari ini. Ewon yang juga Naib Presiden UPKO tiba di pusat pengundian itu pada jam 8.00 pagi dan[...] [...]

2,540 saluran mengundi dibuka mulai 7.30 pagi ini untuk PRN Sabah ke -16

KOTA KINABALU, 26 Sept  — Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7.30 pagi ini bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Proses pengundian yang melibatkan 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi biasa, akan dikendalikan 17,257 petugas pilihan raya sehingga waktu mengundi tamat pada 5 petang.[...] [...]

Pengundi perlu pilih dengan bijak

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengingatkan pengundi di Sabah supaya menggunakan kebijasanaan untuk memilih parti yang baik pada Pilihan Raya Negeri (PRN), esok. Beliau yang juga Pengerusi Umno Sabah berkata BN dan Perikatan Nasional (PN) yang bergabung di[...] [...]

PRN Sabah: Rakyat negara jiran sembunyi di pulau berhampiran sebelum masuk Sabah – Polis

Oleh : Mohd Adli Shahar dan Mohd Norzaidi Arjunadi KUALA LUMPUR, 25 Sept — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima maklumat bahawa rakyat negara jiran kini bersembunyi di pulau-pulau berhampiran Sabah disyaki cuba mengganggu proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16, esok. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pulau yang[...] [...]

Polis Sabah minta pengundi keluar undi esok tanpa sebarang keraguan

KOTA KINABALU, 25 Sept — Polis memberi jaminan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan berjalan lancar esok tanpa sebarang gangguan dan meminta orang ramai keluar mengundi tanpa sebarang keraguan. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata tindakan tegas akan diambil  terhadap sesiapa sahaja yang membuat provokasi dan kekecohan dalam pilihan raya itu. “Esok kita juga[...] [...]

Seramai 1,088,711 pengundi biasa layak undi Sabtu ini

KOTA KINABALU, 24 Sept — Seramai 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi biasa layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini, manakala 14,935 orang telah mengundi secara pos, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Isyak. Ikmalrudin, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan bagi pengundi yang telah menerima kad pengundi atau yang telah mengetahui maklumat pengundian, mereka boleh terus[...] [...]

Saya sentiasa terbuka ruang kerjasama walau tidak sehaluan – Madius

KIULU: Perbezaan haluan bukan menjadi halangan dalam mencapai kesepakatan untuk pembangunan dan kemakmuran rakyat. Bagi Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, kesepakatan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat harus diutamakan walaupun bekerjasama dengan pemimpin yang tidak sehaluan dalam struktur politik.[...] [...]