Pilih Bahasa

KDCA Kota Belud terima sumbangan touchpoints RM20 ribu dari Ewon

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan touchpoints sebanyak RM20,000 kepada KDCA Kota Belud bagi melaksanakan pelbagai aktiviti persatuan itu.

Sumbangan itu disampaikan selepas menerima kunjungan hormat daripada ahli jawatankuasa KDCA Kota Belud di pejabatnya di KPLB Sembulan, di sini hari ini.

Ewon menyampaikan sumbangan touchpoints sebanyak RM20,000 kepada James. Gambar SNT/Ihsan KPLB

Kunjungan itu diketuai oleh Ahli Majlis Tertinggi KDCA Sabah Charles Dalinsing, Pengerusi Penyelaras KDCA Kota Belud James Muyou dan disertai ahli-ahli jawatankuasa yang lain.

Antara perkara yang dibincangkan dalam kunjungan itu ialah aktiviti KDCA Kota Belud sepanjang tahun termasuk penyertaan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di KDCA, Santai Kaamatan Raya Kota Belud, Larian Koisaan, Pelancaran Roadshow Penggunaan Bahasa Kadazandusun dan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang.

Ewon (duduk tengah), Charles (duduk dua dari kiri) dan James (duduk dua dari kanan) bergambar bersama rombongan KDCA Kota Belud selepas kunjungan itu. Gambar SNT/Ihsan KPLB

Dalam kunjungan itu Ewon yang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, beliau akan berusaha untuk membantu mendapatkan hadiah pelajar cemerlang.-SabahNewsToday