Pilih Bahasa

Kebakaran hutan berhampiran Apartment Country Heights

Oleh Junaidi Ladjana

Keadaan kebakaran hutan berhampiran Apartment Country Heights, Kota Kinabalu. – Gambar SNT/Ihsan Bomba

KOTA KINABALU: Kira-kira empat hektar hutan berhampiran kawasan Apartment Country Heights, Jalan Bantayan Minintod di sini, terbakar dalam kejadian petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadia tersebut pada pukul 6 petang.

Menurut jurucakap itu lagi seramai 15 anggota termasuk pegawai dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kebakaran.

“Kebakaran membabitkan hutan yang berhampiran kawasan perumahan dan usaha pemadaman terus dijalankan.

“Dianggaran keluasan kebakaran kira-kira empat hektar,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, operasi pemadaman masih dijalankan untuk mengawal api daripada merebak.

“Sehingga kini (tengah malam tadi) maklumat terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” katanya. – SabahNewsToday