Pilih Bahasa

Kebakaran musnah ratusan rumah di Tawau

Oleh Nasrawati Syarifuddin

TAWAU: Dianggarkan lebih 100 rumah di Kampung Tanjung Batu, Otentik, di sini, musnah akibat kebakaran, malam tadi.

Rumah di kawasan Kampung Tanjung Batu, Otentik sedang terbakar. Gambar SNT/Sumber media sosial

Sehingga kini, kebakaran masih berlaku dan kini difahamkan api merebak ke kampung bersebelahan.

Usaha memadam kebakaran daripada terus merebak sedang dilakukan oleh sepasukan bomba.

Orang ramai hanya mampu melihat api memusnahkan rumah-rumah di Kampung Tanjung Batu, Otentik. Gambar SNT/sumber media sosial

Turut membantu penduduk kampung dengan menggunakan sumber air sungai untuk memadam api.

Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini.

Bilangan rumah yang musnah serta punca kebakaran masih belum dapat dipastikan. Gambar SNT/sumber media sosial

Bilangan sebenar rumah yang musnah dan punca kebakaran belum dapat dipastikan. -SabahNewsToday