Pilih Bahasa

Kedai serbaneka musnah dalam kebakaran di Telipok

Oleh Mohd Nazllie Zainul

Anggota bomba giat melaksanakan pemeriksaan bagi memastikan tiada sebarang unsur memerbahayakan dalam kejadian kebakaran membabitkan kedai serbaneka di Telipok. -Gambar SNT/Ihsan Bomba

TELIPOK: Sebuah lot kedai menempatkan kedai serbaneka One Stop Superstore di daerah ini musnah dalam kebakaran petang tadi.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu yang berlaku kira-kira pukul 5.20 petang.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Mohd Abd Qawie Abdul Gapar berkata unit kedai berkenaan sudah terbakar 90 peratus apabila pihaknya tiba dilokasi kebakaran.

Beliau berkata kebakaran hanya melibatkan lot kedai tingkat bawah milik One Stop Superstore manakala tingkat atas milik Jaya Superstore hanya terkena bahangan dan tidak melibatkan kebakaran struktur.

Kedai serbaneka One Stop Superstore musnah dalam kebakaran di pekan Telipok hari ini. – Gambar SNT/ Ihsan Bomba

Menurut Mohd Abd Qawie pihaknya berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke lot kedai bersebelahan,

Dalam pada itu beliau berkata nilai kerugian keseluruhan dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.

Pemeriksaan di sekitar kawasan turut dilaksanakan bagi memastikan tiada sebarang unsur merbahaya lain terdapat di tempat kejadian.

Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada pukul 7.26 malam. -SabahNews Today