Pilih Bahasa

Kedua pemain import baharu Sabah perlu tingkatkan persembahan

Oleh Chris Maskilone

KOTA KINABALU: Ketua Jurulatih Tambadau Sabah, Jelius Ating berpuas hati pasukannya dapat mencuri satu mata daripada Pulau Pinang dalam aksi Liga Premier Sabtu lalu.

“Sememangnya hasrat kita datang ke (Stadium Bandaraya) untuk menang tetapi melihat kepada perlawanan, saya berada puas hati kita dapat mengikat Pulau Pinang dan membawa pulang satu mata,” katanya.

Jelius Ating. Gambar Fail SNT

Lagipun, katanya kedua pemain import baharu Tambadau, Aguinaldo Mendes Vega dan Ahmet Atayev belum mempamerkan permainan mereka sebenar.

Manakala, Pulau Pinang terutama kedua pemain import baharu mereka beraksi cemerlang dalam perlawanan tersebut.

“Namun saya memberi pujian kepada pasukan terutama pertahanan Sabah kerana berjaya mengekang serangan Pulau Pinang,” katanya.

Skuad Tambadau Sabah kekal dalam pemburuan kenaikan ke Liga Super dengan berada ditangga ketiga Liga Premier menggumpul 25 mata dari 13 perlawanan.

Manakala UiTM FC dan JDT II, masing-masing berada ditangga teratas dan kedua dengan jumlah mata yang sama, 26 daripada 14 perlawanan.-SabahNewsToday