Pilih Bahasa

KEHARMONIAN DAN PERPADUAN MASYARAKAT KAMPUNG PERLU DIUTAMAKAN

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Masli Abdullah (duduk kedua dari kanan) bersama ahli jawatankuasa MPKK Kampung Lok Kawi Baru. – Gambat SNT / Ehsan AJK Kg Lok Kawi Baru

LOK KAWI: Ahli-ahli majlis pengurusan komuniti kampung (MPKK) Kampung Lok Kawi Baru yang baharu disaran mengutamakan keharmonian dan perpaduan masyarakat kampung disamping merencanakan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk sesama masyarakat kampung.

Ketua Kampung Lok Kawi Baru, Masli Abdullah menzahirkan harapan tersebut semasa sesi perbincangan bersama ahli jawatankuasa MPKK Kampung Lok Kawi Baru yang baharu.

Menurutnya kerjasama ahli jawatankuasa MPKK yang dibentuk berfungsi sebagai sebuah jentera penggerak kepada apa juga perancangan demi memajukan kampung Lok Kawi Baru menjadi kampung contoh pada masyarakat luar.

Tambahnya lagi, apa yang penting adalah memupuk dan mengeratkan silaturrahim dalam kalangan ahli jawatankuasa dengan penduduk kampung iaitu dengan memperkukuhkan ikatan silaturrahim dengan membentuk perpaduan dan keharmonian bersama. – SabahNewsToday