Pilih Bahasa

KEHARMONIAN RAKYAT BERBILANG BANGSA DI SABAH MASIH TERJAGA

Oleh Chris Maskilone

Salah seorang pengunjung mengambil “wefie” dengan Mohd Shafie dan Madius. Gambar SNT/Ehsan Upko

KIULU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau amat yakin bahawa insiden penentangan sambutan Krismas di Tawau baru-baru ini ialah kes terpencil.

“Kejadian di Tawau baru-baru ini yang menolak perayaan Krismas adalah kes terpencil. Ia tidak mewakili keseluruhan rakyat Sabah,” katanya ketika ditemui semasa majlis Rumah Terbuka Krismas beliau di Dewan Kiulu hari ini.

Buktinya ialah kehadiran begitu ramai pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat dan agama ke rumah terbuka Krismas di sini hari ini.

Madius bersalaman dengan para pengunjung di majlis Rumah Terbuka Krismas Ahli Parlimen Tuaran di Dewan Masyarakat Kiulu hari ini. Gambar SNT/Ehsan Upko

Sementara itu, Madius menyambut baik kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa perlaksanaan penaikkan taraf Kiulu kepada daerah kecil sedang berlangsung.-SabahNewsToday