Pilih Bahasa

Kejayaan Tambadau dirai dalam Majlis Makan Malam Amal Safa

KOTA KINABALU: Kejayaan skuad senior Tambadau Sabah menjuarai Liga Premier 2019 dan beberapa bekas pemain dan jurulatih Sabah akan diraikan dalam Majlis Makan Malam Amal Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) di sini, malam esok.

Pengerusi jawatankuasa majlis itu, Datuk Juil Nuatim yang juga Timbalan Presiden Safa berkata anggota skuad Tambadau Sabah juga akan menerima insentif atas kejayaan mereka itu.

Juil (baju merah) mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Majlis Malan Malam Amal Safa di Kota Kinabalu baru-baru ini. Gambar SNT/Ihsan Safa

“Safa juga akan menyampaikan cendera kenangan kepada beberapa bekas pemain dan jurulatih Sabah yang telah memberi sumbangan memartabatkan sukan bola sepak negeri ini.

“Pemberian cendera kenangan kepada bekas pemain dan jurulatih ini dibuat dalam acara Jasamu dikenang,” kata Juil ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, majlis itu juga bertujuan mengutip tabung bagi mengisi tabung persatuan menerusi penjualan meja.

Bersama-sama dalam majlis itu ialah Presiden Safa, Datuk Peter Anthony yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah.

Tetamu Kehormat ialah Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

“Kami berterima kasih kepada semua yang membantu menjayakan majlis ini terutama mereka yang telah membeli meja.

“Terima kasih juga kepada Datuk Peter kerana komitmennya memastikan majlis ini dapat dilaksanakan dengan lancar,” kata -SabahNewsToday