Pilih Bahasa

KEJOHANAN GOLF TERBUKA KPD 2019 TARIK 97 PESERTA

Para peserta bergambar kenangan. Gambar SNT/Ehsan KPD

TUARAN: Sembilan puluh tujuh pemain golf menyertai Kejohanan Golf Terbuka KPD 2019 yang diadakan di Dalit Bay Golf and Country Club pagi tadi.

Juara kategori Individual Nett jatuh kepada Pailin Jani manakala Datuk Joanes Solidau dan Khairy Syazwan Saiman masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga.

Bagi kategori jemputan, johan jatuh kepada Aris Pairan dengan Dato Khairul Annuar Abd Aziz dan Datuk Dr Joachim Gunsalam masing-masing muncul tempat kedua dan ketiga.

Honorsius (lima dari kiri) menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang hole-in-one, Hj Ibrahim Pudin (enam dari kanan) daripada penaja. Gambar SNT/Ehsan KPD

Para pemenang bagi kategori novelti ialah Edmund Lo (2cm) untuk Nearest to Line Hole 7, Raibin Gampilok (270m) untuk Longest Drive Hole 18, Ashary BJ Nadzmie (8.54m) bagi Nearest to Pin Hole 8,  Puney Kiob @ Robert (4.53m) untuk Nearest to Pin Hole 11 dan Zulfikar Khomeini Asli (6m) bagi Target Pin (Fairway) Hole 13.

Untuk kategori bull eyes ianya dimenangi oleh Palin Zaini, Junaidy Along dan Jumat Latip di Hole 4 dan Hj Ibrahim Pudin di Hole 17.

Hj Ibrahim turut memenangi kereta Proton Iriz 1.3 apabila mencipta hole-in-one di Hole 17.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengerusi KPD, Honorsius Datuk Alfred Bosuin.

Honorsius menyampaikan hadiah utama luck draw kepada pemenang. Gambar SNT/Ehsan KPD

Penaja hadiah kejohanan dan juga lucky draw ialah  Fook Loi Sdn Bhd, Sabah Sanctuary Sdn Bhd, IBIS Hotels Kuala Lumpur dan Keluarga Timur Sdn Bhd.-SabahNewsToday