Pilih Bahasa

Kekurangan kemudahan bukan halangan pelajar luar bandar capai kecemerlangan

KEMABONG: Berhadapan dengan segala kekurangan terutamanya dari segi kemudahan pendidikan dan prasarana, tidak seharusnya menjadi halangan bagi pelajar di kawasan luar bandar mencapai kecermalangan dalam bidang pendidikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong  Jamawi Jaafar berkata , dedikasi guru, komitmen pelajar serta sokongan ibu bapa secara berterusan turut membantu pelajar luar bandar bersaing untuk mencapai keputusan terbaik dalam bidang akademik.

“Ini telah terbukti kebanyakan pelajar luar bandar telah mencapai kejayaan cemerlang baik dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.

“Paling penting setiap warga pendidik mesti mempunyai komitmen dan bersedia untuk menempuhi segala kekurangan sementara pelajar ada kesungguhan selain sokongan ibubapa secara berterusan ” katanya ketika berucap merasmikan majlis Anugreah Kecermalangan Pelajar Sekolah Kebangsaan Gumisi Kemabong dekat sini baru-baru ini.

Jamawi (depan) ketika meninjau pemeran yang diadakan sempena majlis Anugreah Kecermalangan Pelajar Sekolah Kebangsaan Gumisi Kemabong. – Gambar SNT/Ihsan unit media Adun Kemabong

Menurut Jamawi kemudahan pendidikan yang disediakan di sekolah menjadi penggerak dan keperluan bagaimana pun ia tidak berkesan untuk melahirkan pelajar cemerlang tanpa adanya semangat kegigihan pelajar itu sendiri.

Katanya bimbingan kekeluargaan yang baik penting untuk memastikan anak-anak mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum, selain nilai moral dan disiplin yang tinggi. 

Tamba beliau lagi kerajaan komited untuk meningkatkan lagi infrastruktur sekolah khususnya di luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak.

“Ini terbukti dengan jumlah peruntukan yang yang terbesar dalam belanjawan  2020 yang membabitkan RM64.1 bilion berbanding  RM60.2 bilion tahun ini” katanya.

Jamawi (kanan) menerima cendera kenangan dari Guru Besar SK Gumisi selepas merasmikan majlis Anugreah Kecermalangan Pelajar Sekolah Kebangsaan Gumisi Kemabong. – Gambar SNT/Ihsan unit media Adun Kembabong

Jamawi menjelaskan dari jumlah itu sebanyak RM735 juta diperuntukkan untuk tujuan penyelenggaraan dan menaik taraf sekolah di seluruh negara bagi memastikan sekolah sedia ada dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif kepada pelajar.

Dalam perkembangan lain Jamawi juga turut memaklumkan kerajaan bersetuju  melaksanakan cadangan membina sebuah sekolah menengah baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Tomani dalam Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK12). – SabahNewsToday