Pilih Bahasa

Kelab Rekreasi KPLB kunjungi Rumah Kanak-kanak sempena Ramadan

Oleh Alfred Petrus

Ewon (empat kiri) menyampaikan sumbangan kepada Pengetua Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Suparida Raidin. – Gambar SNT/Ihsan KPLB

PAPAR: Kakitangan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)mengunjungi Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu di Beringgis, Papar sempena bulan Ramadan, semalam.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata kunjungan tersebut merupakan inisiatif Kelab Rekreasi KPLB Sabah sebagai tanda keprihatinan kepada kanak-kanak di rumah tersebut.

“Dalam amanat saya kepada para pegawai dan kakitangan kementerian, iaitu agar kita mempelbagaikan penglibatan kita dalam aktiviti kemasyarakatan.

“Ini kerana ramai yang memerlukan pembelaan bukan hanya dalam bentuk pembangunan dan kemajuan secara fizikal, tetapi juga sokongan moral serta kasih sayang.

“Kunjungan ini juga memperingatkan kita tanggungjawab sosial sebagai pimpinan dan anggota pentadbiran awam,” katanya selepas kuny=jungan berkenaan di sini hari ini.

Justeru, Ewon berkata Kelab Rekreasi KPLB Sabah menjadikan ini sebagai satu pengisian pada tahun ini bersempena dengan bulan mulia Ramadan,” katanya.

Dalam majlis tersebut, Ewon mewakili Kelab Rekreasi KPLB Sabah menyampaikan sumbangan RM5,000 bagi membantu kelengkapan berkaitan keperluan alat tulis persekolahan kanak-kanak.

Jelasnya selain kunjungan ke Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu tersebut, beliau juga akan mengadakan program berbuka puasa bersama peserta-peserta Mini Estet Sejahtera (Mesej) Bunang, Keningau bagi menyantuni para peserta pembangunan dan pembasmian kemiskinan di Mesej tersebut. – SabahNewsToday