Pilih Bahasa

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN RTM SABAH PERLU RANCANG AKTIVITI DEMI KEBAIKAN AHLI

Oleh Zakaria Damit

Malinaziah bergambar kenangan bersama ahlinya Kelab Sukan dan Kebajikan RTM Sabah. Gambar SNT/Zakaria Damit

KOTA KINABALU: Kelab Sukan dan Kebajikan RTM Sabah perlu bijak merancang pelbagai aktiviti yang memberi pulangan baik kepada ahlinya.

Pengarah Jabatan Penyiaran Kawasan Sabah, Malinaziah Datu Mohd Julaspi berkata perancangan rapi dalam tempoh jangka panjang dilihat satu langkah terbaik bagi membolehkan kelab tersebut dapat mencapai fungsi serta matlamat asalnya.

Malinaziah ditemuramah selepas program Hari Keluarga Kelab Sukan dan Kebajikan RTM Sabah. Pemangku Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan RTM Sabah, Zakaria Damit turut kelihatan (kiri). Gambar SNT/Ehsan Kelab RTM Sabah

Katanya kelab juga perlu mempunyai kewangan yang mencukupi agar ahlinya dapat bergiat aktif sekaligus dapat menjaga kebajikan ahlinya.

“Di peringkat jabatan kita bersedia bekerjasama untuk memberi perluang serta ruang kepada kelab bergiat aktif melalui program yang dianjurkan oleh jabatan sama ada di peringkat negeri atau nasional.

“Sebagai langkah awal, pihak pengurusan kelab boleh terlibat sama dalam program RTM dengan menganjurkan pelbagai program kesukanan yang boleh mendatangkan dana kepada kelab mereka,” katanya.

Zakaria menyampaikan hadiah kepada pemenang. Gambar SNT/ Ehsan Kelab RTM Sabah

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Hari Keluarga Kelab Sukan dan Kebajikan RTM Sabah, di Taman Awam Teluk Likas, di Kota Kinabalu hari ini.

Malinaziah berkata sudah tentu jika perancangan rapi dapat dilakukan kelab sukan ini akan sentiasa aktif menyertai sebarang kejohanan besar sama ada di peringkat negeri dan kebangsaan membolehkan disamping  dapat menjayakan aktiviti yang dianjurkan mereka.

Narry Lako diumumkan sebagai pemenang tiket bertuah. Gambar SNT/Zakaria Damit

Sebagai contoh, penganjuran program hari keluarga yang julung kali diadakan pada hari ini sebagai bukti kukuh setiap ahli kelab memberikan sokongan padu dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

“Selain itu, program seumpama ini membolehkan kita kenal mengenali diantara satu sama lain serta berpeluang mewujudkan suasana muhibah dalam kalangan ahlinya” katanya.-SabahNewsToday