Pilih Bahasa

Kelab Sukan dan Rekreasi Maybank Sabah sertai Larian Prihatin Tamparuli 2020

Liew Kui Choi bersama ahli Kelab Sukan & Rekreasi Maybank Sabah sertai Larian Prihatin Tamparuli 2020. – Gambar SNT/Ihsan Maybank Sabah

KOTA KINABALU: Seramai 50 ahli Kelab Sukan dan Rekreasi Maybank Sabah akan menyertai Larian Prihatin Tamparuli 2020 pada 5 April depan.

Pengarah Maybank Sabah dan Labuan, Liew Kui Choi berkata larian pertama kali dianjurkan oleh Kelab Masyarakat Prihatin Sabah ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Larian Kompetitif 9 kilometer (km)(Lelaki dan Wanita 45 Tahun Ke Atas dan Lelaki dan Wanita 45 Tahun Ke Bawah), Larian Ria 4km (Terbuka) serta Kategori Pelajar.

“Yuran penyertaan bagi Larian Kompetitif 9KM dan Larian Ria 4KM ialah RM50,” katanya demikian semasa kunjungan hormat oleh ahli jawatankuasa penganjur yang diketuai oleh Presiden Kelab Masyarakat Prihatin Sabah, Chrisnadia Sinam di sini, semalam.

Bagi kategori pelajar, katanya seramai 1,000 pelajar dari beberapa buah sekolah di sekitar daaerah Tamparuli akan menyertai kategori Larian Ria secara percuma dan turut diberikan baju larian dengan reka bentuk ekslusif mengikut jumlah penyertaan pelajar mereka.

Selain daripada larian, pelbagai aktiviti lain akan diadakan pada hari tersebut seperti senamrobik, persembahan nyanyian oleh artis tempatan, cabutan hadiah dan penyampaian sumbangan Kelab Sukan dan Rekreasi Maybank Sabah kepada sekolah.

Pendaftaran larian masih dibuka sehingga 28 Februari dan mereka yang berminat untuk menyertai larian boleh menghubungi 011114344465 atau mendaftar dalam talian melalui aplikasi Jomrun. – SabahNewsToday