Pilih Bahasa

Kemalangan bot penumpang dan kapal di Sandakan

SANDAKAN: Sembilan individu selamat manakala manakala beberapa lagi individu lagi dilaporkan hilang membabitkan insiden bot penumpang dan kapal berhampiran perairan bandar Sandakan, pagi tadi.

Keadaan bot penumpang selepas kemalangan awal pagi tadi. Gambar SNT

Bot penumpang itu membawa pelajar sekolah, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan orang awam.

Difahamkan insiden berlaku ketika bot penumpang berkenaan dalam perjalanan ke pulau berhampiran di daerah itu, kira-kira jam 6.20 pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, setakat ini jumlah bot penumpang belum diketahui dan usaha menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat.

Bot penumpang karam selepas kemalangan. Gambar SNT

“Setakat ini, mangsa selamat sembilan orang manakala seorang disyaki hilang.

“Jumlah bilangan penumpang belum dapat disahkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.-SabahNewsToday