Pilih Bahasa

Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah sambut baik pengiktirafan UEC

Oleh Mohd Nazllie Zainul

Datuk Dr Yusof Yaacob. – Gambar Fail SNT

KOTA KINABALU: Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah menyambut baik keputusan kerajaan negeri mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri, Datuk Dr Yusof Yacob berkata pihaknya tiada sebarang masalah berkaitan perkara itu.

“Kita mengiktiraf pemegang UEC untuk masuk ke Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPAN) adan agensi-agensi lain milik kerajaan negeri.

“Ia seiring dengan kehendak Kabinet negeri yang menerima UEC di negeri ini. Selain itu, kita mahu sampaikan mesej kepada Kerajaan Persekutuan menyatakan Sabah mengiktiraf sijil ini diperingkat negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sejurus perasmian Pesta Perayaan Kuih Bulan 2019 anjuran Parti Warisan Sabah (Warisan), malam ini.

Sabah menjadi negeri kedua di Malaysia mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) selepas Sarawak yang mengiktiraf UEC pada tahun 2014.

Perkara berkenaan diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika berucap pada majlis sama. 

Mohd Shafie berkata keputusan itu dibuat oleh kerajaan Negeri dalam usaha membantu golongan belia di Sabah. – SabahNews Today