Pilih Bahasa

KENAIKAN YURAN KAKI LIMA DAN RUANG LEGAR DITANGGUHKAN SERTA MERTA: MAYOR

Oleh Chris Maskilone

KOTA KINABALU: Mayor Datuk Nordin Siman mengumumkan penangguhan kenaikan yuran permit kaki lima dan ruang legar, berkuatkuasa dengan serta merta.

Dalam kenyataan akhbarnya, Nordin mengumumkan kadar baharu yang berkuatkuasa semenjak 15 Ogos, 2018 telah ditangguhkan dan dikembalikan kepada yang asal.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Nordin Siman. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Dengan itu kadar yang terpakai sekarang ialah 50 sen untuk penggunaan kaki lima dan RM1 untuk penggunaan ruang legar.

“Bagi mereka yang telah membuat pembayaran sebelum ini pihak DBKK akan membuat penyelarasan dan sebarang pembayaran lebihan akan dikreditkan untuk pembaharuan permit,” katanya.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Jabatan Pelesenan DBKK di talian 088-521800

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin menyifatkan penangguhan itu sebagai hadiah tahun baru 2019 untuk warga bandaraya.

“Terima kasih atas pertimbangan Datuk Bandar yang baharu,” katanya.-SabahNewsToday