Pilih Bahasa

KENDERAAN PACUAN EMPAT RODA TERBAKAR

Oleh Mohd Nazllie Zainul

Anggota bomba giat memadamkan kebakaran kenderaan jenis Toyota Ninja di Taman Sentosa, Sandakan. Gambar SNT/Ehsan Bomba

SANDAKAN: Penduduk Taman Sentosa, dekat sini, dikejutkan dengan kebakaran sebuah kenderaan jenis pacuan empat, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, kebakaran disedari penduduk apabila melihat api di kawasan luar kediaman dan mendapati sebuah yang diletakkan di luar rumah sedang terbakar.

Pegawai Bomba Kanan Dua, Balai Bomba Sandakan, Haris Mustapha berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.41 pagi menerusi talian kecemasan 999 sebelum terus bergegas ke lokasi berkenaan bersama lima anggota.

Salah seorang penduduk melihat kebakaran kereta yang berlaku di Taman Sentosa, Sandakan awal pagi tadi. Gambar SNT/Ehsan Bomba

Haris berkata setibanya di tempat dimaklumkan, pihaknya mendapati ada sebuah kenderaan jenis Toyota Ninja sudah terbakar 15 peratus dibahagian enjin.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.

Keadaan enjin kereta jenis Toyota Ninja yang terbakar di Taman Sentosa, Sandakan, awal pagi tadi. Gambar SNT/Ehsan Bomba

“Kitaa bertindak memadamkan kebakaran menggunkan satu aliran hose reel jentera dan sumber air daripada tangki jentera,” katanya.

Beliau berkata kebakaran dapat terkawal pada jam 4.57 pagi manakala operasi tamat sepenuhnya jam 5.05 pagi. -SabahNewsToday