Pilih Bahasa

Kenyataan Safa beri tiket percuma esok tidak benar

Oleh Chris Maskilone

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) menafikan akan memberikan tiket percuma bagi menyaksikan perlawanan Liga Premier Sabah menentang Kelantan di Stadium Likas malam esok seperti dalam satu kenyataan yang sedang tular di media sosial.

Menurut Setiausaha Agung Safa Andrew Majanggim ia adalah kenyataan palsu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Andrew Majanggim. Gambar Fail SNT

“Sepak mula perlawanan adalah jam 9 malam dan bukannya 8.15 malam seperti yang dinyatakan dan kenyataan palsu itu,” katanya hari ini.

Andrew menjelaskan sepak mula esok agak lewat berbanding perlawanan sebelum ini kerana akan ada sedikit acara sempena Majlis Penyerahan Piala Liga Premier sebelum dan selepas perlawanan.

Yang DiPertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pemangku Presiden Safa Datuk Peter Anthony juga akan hadir menyaksikan perlawanan dan majlis penyerahan piala.

Tiket perlawanan akan dijual dengan harga seperti biasa iaitu RM25 bagi tempat duduk di kawasan berbumbung dan RM15 bagi tempat duduk kawasan terbuka.

Tiket mula dijual 8pagi esok di kaunter tiket Stadium Likas.-SabahNewsToday