Pilih Bahasa

Kepimpinan, ahli Warisan digesa tumpu perkukuhkan parti: Isnaraissa Munirah

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

KOTA BELUD: Ahli Parti Warisan Sabah (Warisan) perlu memberi tumpuan untuk memperkukuhkan perpaduan dalam parti selepas pemilihan kepimpinan di peringkat bahagian berakhir baru-baru ini.

Ketua Warisan Bahagian Kota Belud, Isnaraissa Munirah Majilis berkata perpaduan dalaman yang utuh menjadi benteng kepada ancaman dari luar.

Isnaraissa Munirah ((empat dari kiri) bersama rombongan yang menyelaras pemilihan Warisan Bahagian Kota Belud. – Gambar SNT/Insan Warisan Kota Belud

“Saya mengucapkan syabas kepada ahli parti yang melaksanakan tanggungjawab demokrasi untuk memilih kepemimpinan parti yang baharu di bahagian dan telah  memberikan mandat untuk saya memimpin bahagian ini,” katanya ketika berucap menangguhkan mesyuarat tersebut di Dewan Masyarakat Tun Said di sini.

Hadir sama Ahli Majlis Tertinggi Warisan yang juga Ketua Bahagian Warisan Bahagian Beaufort Johair Matlani bersama rombongan yang menyelaras pemilihan tersebut.

Dalam pemilihan itu, Isnaraissa yang juga Timbalan Menteri  Tenaga Sains,Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menewaskan penyandang Ketua Penaja Bahagian itu, Hanjan Samit dalam pertandingan dua penjuru.

Isnaraissa Munirah (tengah) bergambar dengan barisan ahli jawatankuasa Warisan Bahagian Kota Belud yang baharu dipilih. – Gambar SNT/Ihsan Warisan Kota Belud

Beliau berkata semangat yang ditunjukkan semua ahli parti semasa menghadapi pilihan raya umum lalu sehingga membolehkan Warisan dapat membentuk kerajaan negeri  perlu diteruskan.

Katanya ia bagi membolehkan agar parti tersebut terus relevan melaksanakan tugas dan tanggungjawab membela rakyat.

“Pemilihan kepimpinan parti di semua peringkat merupakan proses demokrasi bagi memenuhi perlembagaan parti.

“Selepas pemilihan ini tanggungjawab sedang menanti kehadiran kita sebagai pemimpin baik diperingkat bahagian dan diperingkat akar umbi,” jelas beliau. – SabahNewsToday

-ends