Pilih Bahasa

Kepkas akan pantau aktiviti perlombongan emas

Oleh Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (Kepkas) menerusi Jabatan Perlindungan Alam Sekitar akan memantau pembangunan dan perlombongan emas di negeri ini.

Menterinya, Datuk Christina Liew berkata, semua projek perlombongan emas seluruh negeri perlu menjalani ujian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) serta pemantauan projek.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai.

“Kita ada jabatan yang mengendalikannya. Perkara ini sangat serius kerana setiap projek perlombongan perlu ada EIA dan ini apa yang kementerian lakukan.

“Saya berharap pihak atau kumpulan perlindungan alam sekitar maklum dan faham tindakan yang Kepkas lakukan seperti Jabatan Perlindungan Alam Sekitar yang memantau isu persekitaran di kawasan perlombongan emas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang akhbar penganjuran Sabah Fest 2019 di Wisma Tun Fuad, hari ini.

Tambahnya adalah satu perkembangan positif jika orang ramai juga berusaha dalam menjaga dan melindungi alam sekitar di kawasan-kawasan perlombongan.

“Bukan sahaja perlombongan emas di sini, tetapi juga di mana-mana jabatan turut serta memantau aktiviti perlombongan ini,” katanya. -SabahNewsToday