Pilih Bahasa

Kepulangan Juara Gusti Lengan Dunia, Joffey Jolly dapat sambutan wira

Oleh Sabah News Today

Joffey Jolly (tujuh dari kiri) disambut meriah oleh Jumardie (sembilan dari kiri), keluarga dan rakan-rakan. Gambar SNT/Ihsan Wira Sepanggar

JUARA DUNIA … Kepulangan juara Gusti Lengan dunia kategori 70kg lelaki senior (tangan kanan) Joffey Jolly disambut meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini.

Kejayaan anak jati Telipok itu menewaskan 19 pesaing dari negara lain dalam kategorinya di Poland baru-baru ini menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia, kata Ketua Wira Sepanggar Jumardie Lukman yang turut berada di lapangan terbang menyambut kepulangan Joffey.

Joffey memegang Jalur Gemilang semasa menerima pingat emas Kejohanan Gusti Lengan Dunia baru-baru ini. Gambar SNT/Ihsan Joffey Jolly

“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada beliau dan keluarga atas kejayaan mengharumkan nama Negeri Sabah khususnya, Malaysia amnya dalam sukan gusti lengan dunia,” katanya.

Joffey berlatih gusti lengan sepenuh masa di bawah kendalian ayahnya sendiri Jolly Johnson.

Pengorbanan Joffey dan ayah beliau yang fokus sepenuh masa pada gusti lengan sejak tahun 2015 akhirnya membuahkan hasil dalam kejohanan dunia anjuran International Federation of Armwrestling itu.- SabahNewsToday