Pilih Bahasa

Kerajaan beri jaminan, wujudkan peluang pekerjaan kepada anak Sabah

Oleh Alfred Petrus

PENAMPANG: Kerajaan sentiasa memberi jaminan kepada anak-anak Sabah dalam mewujudkan peluang pekerjaan terutamanya dalam sektor pembuatan.

Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob berkata sebagai kementerian yang bertanggungjawab dalam sumber manusia, masalah pengangguran di Sabah menjadi keutamaan kerajaan dalam menyelesaikan isu tersebut.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob pada pelancaran Pameran HAVAL di Penampang. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

“Oleh itu, kerajaan telah mengkaji dan berunding dengan semua pelabur-pelabur yang akan membuat pelaburan di Sabah untuk membuka peluang pekerjaan atas keperluan tenaga kerja mereka daripada pelbagai kategori sama ada pengurusan, teknikal, operator dan apa sahaja.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob pada pelancaran Pameran HAVAL di Penampang. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

“Kita tidak mahu anak muda Sabah hanya duduk di kampung menunggu pekerjaan. Kita di pihak kerajaan mesti bertindak lebih prograsif dan memperingatkan ibu bapa serta pelajar itu sendiri agar lebih proaktif.

“Jadi, kita mahu jumlah kekosongan pekerjaan itu dan kita membuat persedian untuk membekalkan pekerjan-pekerjaan atas keperluan mereka,” katanya ketika ditemui dalam pelancaran kenderaan baharu Haval dan HigerAce pertama di Sabah di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), hari ini.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob ketika sidang media pada pelancaran Pameran HAVAL di Penampang. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Sementara itu, Yusof juga berkata kemasukan syarikat automotif ke Sabah juga satu perkembangan positif yang mana mampu membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak Sabah.

Tambahnya sebuah kilang pemasangan automotif juga akan dibina di negeri ini yang mana mampu mengurangkan masalah pengangguran Sabah.

“Ia juga memberi peluang bagi penambahan kepakaran ataupun pemindaham teknologi supaya anak-anak Sabah untuk belajar bagaimana proses pemasangan kereta serta pengurusan dan sebagainya.

“Sekali gus ia juga mampu menjana ekonomi negeri. Kepentigan saya ialah dalam industri ini di bawah Kementerian Pelajaran dan Inovasi, kita mengatur anak-anak Sabah supaya dilatih dalam industri automotif dalam pelbagai peringkat kemahiran.

“Kita telahpun berunding dengan syarikat ini supaya mengambil anak-anak Sabah, dilatih bukan sahaja untuk bekerja di dalam negeri tetapi di mana-mana sahaja syarikat di mereka dan perjanjian kita itu juga, dengan peruntukan yang ada, kita membiayai pelajar anak-anak Sabah untuk mengikut kursus kemahiran,” jelasnya. -SabahNewsToday