Pilih Bahasa

Kerajaan komited lahirkan sumber tenaga manusia mahir pelbagai bidang

Dr Yusof (tengah) menyampaikan sijil kepada peserta kursus sambil disaksikan Zainudin (dua kiri), Pg Yacob (kiri) dan Kamis (kanan). – Gambar SNT/Ihsan unit media Dun Sindumin

SIPITANG: Kerajaan komited melahirkan sumber tenaga manusia yang berketrampilan dalam pelbagai bidang agar masa depan ramyat negeri ini tidak ketinggalan dari arus kemajuan. 

Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob berkata kerajaan menyedari terhadap kepentingan negeri ini mempunyai rakyat yang mampu menyumbang terhadap pembangunan Sabah secara berterusan selari dengan perkembangan semasa. 

“Justeru itu saya ingin menyarankan agar rakyat mengambil sikap ingin tahu menerapkan budaya  belajar seumur hidup tanpa mengira  batas usia,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penutupan dan penyampaian Sijil Kursus Jangka Pendek anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) di SFI Motel Sipitang, di sini semalam.

Peserta kursus kelihatan teruja dengan kata semangat oleh Dr Yusof (kanan). – Gambar SNT/Ihsan unit media Dun SIndumin

Hadir sama Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), Zainudin Aman; Ketua Daerah Sipitang, Kamis Daming dan Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Dun Sindumin, Pg Mohd Yacob Pg Omar. 

Kursus lima hari yang menyediaka bidang Kraftangan (manik), asas refleksologi dan  gunting rambut (lelaki) itu disertai oleh 75 peserta.

Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin berkata kumpulan sasaran kursus kemahiran Jangka Pendek JPSM adalah para belia yang belum bekerja, suri-suri rumah dan juga ibu-ibu tunggal.

Dr Yusof (tengah, duduk) dan jemputan khas merakam kenangan bersama peserta kursus. – Gambar SNT/Ihsan unit media Dun SIndumin

Katanya mereka adalah golongan yang perlu dibantu oleh kerajaan agar dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain.  

“Saya juga berharap usaha murni JPSM diteruskan dan menaja kursus-kursus yang dapat memberi pulangan atau ‘return of investment’ yang berganda dan sekaligus meningkatkan tahap sosio ekonomi keluarga,” katanya sambil menambah paara peserta perlu komited dan fokus kepada bidang tertentu. – SabahNewsToday