Pilih Bahasa

Kerajaan komited siapkan projek Lebuh Raya Pan Borneo

Oleh Mohd Nazllie Zainul

KOTA KINABALU: Sebanyak 15 buah pakej kerja diteruskan pelaksanaannya dalam Rancangan Malaysia ke Sebelas (RMK 11) manakala baki 20 pakej kerja bakal dilaksanakan dalam RMK 12.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony berkata 12 buah pakej kerja dijangka akan dapat disiapkan mengikut tempoh asal penyiapan iaitu Jun 2022.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony sebelum sidang DUN di Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

 “Tiga pakej kerja lagi akan dapat disiapkan selewatnya penghujung tahun 2023.

“Kita akan terus komited menyiapkan projek mega ini kerana ia dilihat memberikan banyak kesan positif kepada rakyat mahupun keseluruhan negeri ini.

“Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah kini diambil alih Kementerian Kerja Raya sebagai pemilik projek sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri melalui Kementerian Pembangunan Infrastruktur serta Jabatan Kerja Raya Sabah selaku agensi pelaksana.

“Langkah berkenaan diambil selepas penamatan Poject Delivery Partner (PDP) pada 21 September lalu,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury (Upko) ketika sesi soal jawab sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah Kali Ke 15, dekat sini, hari ini.

Jeffery mengemukakan soalan berkaitan hala tuju pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah selepas penamatan PDP selain tarikh penyiapan mengikut tempoh asal perjanjian pada Jun 2022. –SabahNews Today