Pilih Bahasa

Kerajaan negeri alu-alukan cadangan penambahbaikan Esscom

Oleh Alfred Petrus

Mohd Shafie Apdal. – Gambar SNT/Ihsan JKM

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengalu-alukan apa sahaja cadangan atau penambahbaikan berkaitan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Ketua Menteri merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau maklum berkenaan perkara tersebut yang mana perubahan akan dilakukan sama ada untuk pengurangan kos di peringkat negeri (Esscom).

“Saya juga maklum berkenaan perkara ini iaitu perubahan-perubahan yang akan dilakukan.

“Kita akan pastikan dan memberikan kerjasama sebaik mungkin yang mana apa sahaja struktur yang dikemukankan kelak oleh kerajaan pusat untuk kita laksanakan di peringkat negeri, kita akan laksanakan sebaik mungkin.

“Kerajaan negeri memberi sokongan kerana isu keselamatan amat penting,” katanya dalam sidang akhbar selepas memperngerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Warisan di Ibu Pejabat Parti Warisan, Kolombong di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan sebuah akhbar atas talian yang memetik sumber bahawa Esscom akan distruktur semula untuk mengurangkan kosnya. – SabahNewsToday