Pilih Bahasa

KERAJAAN NEGERI HARAP SEDCO BERUPAYA BANTU TINGKATKAN EKONOMI NEGERI

Oleh Alfred Petrus

Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal (tengah) menyaksikan Majlis Penyampaian replika cek berjumlah RM7 juta dari Pengurus Besar kumpulan Sedco, Pengiran Saifuddin Tahir (kanan) kepada Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Peter Thien (kiri) hari ini. Gambar SNT/Ehsan MTI

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri berharap Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) dan agensi-agensi di bawahnya berupaya membantu tingkatkan ekonomi Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata dengan usaha gigih Sedco dan agensi-agensi di bawahnya itu, kerajaan mampu mencapai apa yang dijanjikan bagi meningkatkan pendapatan rakyat Sabah.

“Saya berterima kasih kepada Sedco atas pembayaran dividen mereka pada tahun ini kerana berupaya membayar pinjaman yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

“Saya berharap prestasi pengurusan Sedco dan agensi-agensi di bawahnya akan berupaya melaksanakan peranan mereka untuk membantu menyuburkan ekonomi di peringkat negeri.

“Usaha ini agar peluang perniagaan dan pekerjaan anak-anak Sabah akan dapat kita jayakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis singkat penyerahan dividen Sedco kepada kerajaan negeri di Dewan Undangan Negeri pada Khamis.

Pada majlis berkenaan, Sedco menyerahkan dividen 2018 sejumlah RM7 juta kepada kerajaan negeri. -SabahNewsToday