Pilih Bahasa

Kerajaan negeri hargai pengorbanan pesara polis di Sabah

Oleh Mohd Nazllie Zainul

Ewon (kanan) bersama Hussin Awang Ngah (kiri) menyerahkan kerusi roda kepada salah seorang pesara polis selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBPM Sabah Tahun 2019/2020. – Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menghargai jasa serta pengorbanan bekas anggota polis di negeri ini sepanjang betugas mempertahankan kedaulatan dan kelamatan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pengorbanan, komitmen dan daya juang tinggi yang sudah dicurahkan pesara polis hndaklah sentiasa diingati disebabkan ia bukan suatu perjuangan mudah bagi setiap individu yang bergelar anggota keselamatan seperti polis.

Ewon (dua dari kiri) menyerahkan watikah pelantikan ketua cawangan PBPM Sabah. – Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Kita percaya pembabitan pesara polis dalam Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) seumpama ini mampu meneruskan sokongan serta komitmen tidak berbelah bahagi kepada kerajaan walaupun sudah bersara.

“Kecemerlangan sesebuah persatuan brgantung kepada sokongan serta kerjasama semua pihak khususnya ahli persatuan itu sendiri,” katanya ketika berucap sempena Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PBPM Sabah Tahun 2019/2020 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah, Datuk Ewon Benedick.

Ewon (depan) diiriing Awang Kassim bersalaman dengan pesara polis setibanya di TH Hotel Kota Kinabalu. – Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Turut hadir Presiden PBPM, Hussin Awang Ngah dan Pengerusi PBPM Sabah, Awang Kassim Awang Gemuk.

Mohd Shafie berkata beliau optimis dengan kemahiran dan pengalaman luas golongan pesara kerana ia boleh dimanfaatkan untuk membantu kerajaan membangunkan negeri selain menjayakan pelbagai dasar mahupun agenda pembangunan.

Dalam majlis sama, turut disampaikan watikah pelantikan ketua-ketua cawangan PBPM Sabah dan penyampaian watikah pelantikan Pesuruhjaya Polis Sabah sebagai Penasihat PBPM Sabah. 

Ditubuhkan sejak tahun 1972, keahlian PBPM Sabah kini sudah mencecah seramai 5,000 orang membabitkan 14 cawangan berdaftar secara sah selain lima cawangan dalam penajaan.   

Sementara itu, Mohd Shafie berkata beliau menyarankan agar lebih ramai pesara di Sabah menyertai persatuan terbabit dalam usaha mengeratkan hubungan persaudaraan dan persahabatan sesama ahli. – SabahNews Today