Pilih Bahasa

KERAJAAN NEGERI MAHU BELIA DI SABAH TERUS DIPERKASAKAN

Oleh Mohd Nazllie Zainul

KOTA KINABALU: Pelaksanaan Dasar Belia Sabah serta Pelan Strategik Pembangunan Belia Sabah penting dalam memperkasakan belia di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata 12 elemen penting berkaitrapat mengenai pelaksanaan dasar berkenaan termasuklah kepimpinan, pendidikan, kemahiran dan pembangunan keusahawanan, kesejahteraan komuniti belia dan integriti.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong menyerahkan Pelan Strategik Pembangunan Belia Sabah kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Tan Su Teck di Auditorium PPNS, Kota Kinabali. Turut kelihatan Menteri Belia Sukan, Datuk Poon Ming Fung. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Semua elemen ini tonggak utama dalam mengangkat kedudukan belia di Sabah untuk melahirkan golongan anak muda yang beribawa mengenai semua aspek.

“Kita mahu belia di negeri ini dilibatkan dalam proses kemenjadian belia perkasa sesuai dengan visi Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS).

“Dasar Belia Sabah serta Pelan Strategik Pembangunan Belia Sabah diwujudkan bagi meningkatkan kesejahteraan belia di sini selain mahu belia sebagai peneraju utama dan pemangkin dalam pembangunan negeri.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong (kiri) menyerahkan sijil penghargaan sempena Pelancaran Buku KBSS dan Pelan Strategik Pembangunan Belia Sabah di Auditorium Pejabat Pentadbiran Persekutuan Negeri Sabah (PPNS). Turut kelihatan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Frankie Poon Ming Fung (dua kiri). Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Mekanisma ini adalah asas penting memperkasakan golongan ini selaku pemimpin negeri serta negara bagi masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Buku Dasar Belia Sabah dan Buku Pelan Strategik Pembangunan Belia, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Jaujan Sambakong.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata beliau berharap penerbitan dua buah buku oleh KBSS dengaan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu dapat dijadikan panduan utama agar mampu membina belia yang postif serta aktif terlibat semua aktiviti berkaitan persatuan belia selain menjadi agen perubahan komuniti.-SabahNews Today