Pilih Bahasa

Kerajaan Negeri sumbang penutup mulut dan hidung kepada polis dan pengamal media

PRIHATIN… Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyampaikan sumbangan penutup mulut dan hidung serta cecair pembasmi kuman kepada Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Mohd Shafie menyampaikan sumbangan kepada OCPD Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji. Gambar SNT/Ihsan JKM

Peralatan kesihatan itu diagihkan kepada anggota polis Kota Kinabalu yang ditugaskan di barisan hadapan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Turut menerima sumbangan ialah Persatuan Wartawan Sabah (SJA) yang disampaikan kepada presiden persatuan Datuk Muguntan Vanar.

Presiden Persatuan Wartawan Sabah Datuk Muguntan Vanar (kanan) menerima sumbangan penutup mulut dan hidung serta hand sanitiser daripada Ketua Menteri, Gambar SNT/Ihsan JKM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan hari ini tempoh PKP yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac ini dilanjutkan sehingga 14 April. – SabahNewsToday