Pilih Bahasa

Kerajaan negeri ucap takziah

Oleh Junaidi Ladjana

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri merakamkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya atas pemergiannya ketika melaksanakan latihan demonstrasi Pelancaran Divisyen ke-5 dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, hari ini.

Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya. Gambar Fail SNT

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau bagi pihak kerajaan merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir.

“Saya berharap semoga keluarga Allahyarham terus tabah dan sabar atas berita duka ini.

“Marilah kita sama-sama berdoa agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi kenyataannya, hari ini. -SabahNewsToday