Pilih Bahasa

KERAJAAN SYORKAN RELA TUBUH SKUAD ELIT

Oleh Alfred Petrus

 

Azis (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama anggota Rela pada Kursus Pengenalan Rela Siri Satu hingga Tiga 2018. Gambar SNT/Ehsan Kementerian Dalam Negeri

KOTA KINABALU: Kerajaan syorkan agar pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mewujudkan Skuad Elit tersendiri seperti unit-unit pasukan keselamatan lain.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman berkata ia bertujuan membolehkan passukan Rela juga dapat berkhidmat seterusnya berbakti dalam hal keselamatan dalam negara.

“Sudah tiba masanya yang mana kalau dahulunya Rela dikenali kononnya pasukan yang hanya menjaga keadaan di majlis-majlis tertentu

Pengarah Rela Sabah Mohammad Pauzi Jhumat (kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada Azis. Gambar SNT/Ehsan Kementerian Dalam Negeri

“Pasukan Rela membawa cadangan ini ke peringkat ibu pejabat untuk mewujudkan Skuad Elit atau unit barisan hadapan yang dilengkapi bukan sahaja mahir dalam mengendalikan senjata tetapi juga kerja-kerja risikan.

“Ia sesuai dengan peranan, operasi dan cabaran yang dihadapi khususnya dalam memerangi jenayah rentas sempadan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Pengenalan Rela Siri Satu hingga Tiga 2018 di sini hari ini.

Terdahulu, katanya pasukan Rela pernah ditugaskan di barisan hadapan khususnya di kawasan kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan ia terbukti pasukan tersebut mampu bersama-sama menjaga kedaulatan negeri.

Katanya pasukan Rela adalah satu unit yang sentiasa berada dan bercampur dengan rakyat seterusnya mampu menangani masalah pengganas dan pendatang tanpa izin (PTI) yang kini tinggal bersama dalam masyarakat.

“Maknanya kita perlukan satu unit yang sentiasa berada dan bercampur dengan masyarakat.

“Saya tidak nampak agensi lain yang sentiasa duduk rapat dengan orang-orang kampung melainkan ahli-ahli Rela ini.

“Oleh sebab itu, latihan-latihan yang diberikan oleh pasukan Rela juga perlu selaras dan mengikut peredaran zaman yang ada pada masa ini,” katanya. -SabahNewsToday