Pilih Bahasa

Kerajaan teruskan subsidi RM9 juta untuk kos pengangkutan laut bagi Labuan-Sabah, Sarawak

LABUAN, 1 Jan (Bernama) — Kerajaan Persekutuan terus memperuntukkan subsidi tahunan RM9 juta (sebelumnya RM11 juta) untuk kos pengangkutan laut bagi pelancong dari Labuan ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya tahun ini walaupun menghadapi ketidaktentuan ekonomi.

Perbadanan Labuan dalam satu kenyataan hari ini berkata subsidi tersebut bertujuan untuk mengurangkan beban pelancong (warga Malaysia) yang berulang-alik melalui pengangkutan laut dari dan ke pulau itu.

Laluan bersubsidi itu adalah dari Labuan-Menumbok-Labuan, Labuan-Kota Kinabalu-Labuan, Labuan-Sipitang-Labuan, Labuan-Limbang-Labuan dan Labuan-Lawas-Labuan.

Kerajaan menghentikan subsidi kepada pengangkut yang membawa barang melalui feri ke pulau tersebut sejak tahun lalu selepas mengambil kira kegagalan mereka menurunkan harga barang di pulau itu.

— BERNAMA