Pilih Bahasa

KERETA REMPUH POKOK DI LIKAS, LELAKI MAUT

Oleh Alfred Petrus

Pegawai perubatan cuba memberi bantuan kepada mangsa selepas dikeluarkan daripada kenderaan. Gambar SNT/Ehsan Bomba

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut dalam nahas jalan raya berdekatan Kemalangan Bulatan Masjid Bandaraya Likas awal pagi hari ini.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Mahmud Jumah berkata kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback terbabas lalu merempuh sebatang pokok.

Katanya ketika kejadian, terdapat seorang mangsa, Andy Mahaga Sipawi berumur 23 tahun didapati tersepit di dalam kenderaan tersebut.

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa daripada tersepit di dalam kenderaan tersebut. Gambar SNT/Ehsan Bomba

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan.

“Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa tersepit dan seterusnya menyerahkan mangsa tersebut kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Sementara itu, Mahmud berkata BBP Kota Kinabalu menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 2.13 pagi, seterusnya menggegaskan seramai enam orang anggota ke lokasi kejadian.

Tambahnya operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 2.47 pagi. -SabahNewsToday