Pilih Bahasa

Kerjasama media bantu sebar peranan bomba kepada masyarakat

Kamarulzaman(tengah bersama warga media persatuan wartawan keningau(KJA). – Gambar SNT/Ihsan KJA

KENINGAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah merakamkan penghargaan atas usaha dan kerjasama pihak pengamal media di negeri ini dalam menyebarluaskan peranan anggota bomba dalam pelbagai operasi penyelamatan. 

Pengarahnya, Kamarulzaman Malik abdulah berkata tanpa kerjasama para pengamal media sudah tentu segala yang dilakukan pihak bomba dalam operasi penyelamatan tidak akan diketahui orang awam.

“Peranan pengamal media bukan sahaja menyampaikan maklumat tepat dan sahih malah turut meningkatkan kesedaran orang awam tentang betapa pentingnya penjagaan keselamatan setiap masa agar harta benda dan nyawa tidak terkorban begitu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis apresiasi bomba bersama media peringkat JBPM zon Keningau di Keningau di sini, semalam.

Pada majlis itu para pengamal media daripada Persatuan Wartawan Keningau (KJA) masing-masing menerima sijil penghargaan daripada JBPM Sabah. – SabahNewsToday