Pilih Bahasa

KERJASAMA POLIS-KEMENTERIAN PELANCONGAN, PASTIKAN KESELAMATAN PELANCONG

Oleh Alfred Petrus

Habibi (tiga kiri) menyampaikan cendera kenangan kepada Christina selepas kinjungan hormat berkenaan. Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Polis Sabah akan terus berusaha untuk menurunkan kadar jenayah terhadap pelancong di Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata melalui kerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, pihaknya akan dapat menangani semua masalah pelanconga di sini.

“Saya rasa amat bersetuju dengan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew yang mana mewujudkan pelbagai inisiatif yang untuk membantu pelancong mendapatkan informasi berkenaan pelancongan di Sabah.

“Apa yang berlaku di sini contohnya, dalam bulan Julai tahun lepas, terdapat pelancong negara luar yang telah memasuki ibadat dan mungkin mereka tidak tahu mcam mana budaya kita di sini.

Habibi (kanan) dan Christina (kiri) berbincang mengenai hal keselamatan pelawat ke Sabah. Gambar SNT/Alfred Petrus

“Tetapi syukur, itu dapat kita tangani dalam pendekatan yang kita ada sekarang ini iaitu kerjasama antara kementerian pelancongan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat kunjungan hormat kepada Christina di sini hari ini.

Tambahnya dalam kunjungan hormat itu juga membincangkan tentang apa yang akan dilakukan dalam industri pelancongan untuk memastikan keselamatannya.

“Ini kerana Kota Kinabalu seperti cerminan kepada pusat pelancongan di seluruh negeri yang mana gambaran positif dilihat melalui kawasan ini.

“Oleh itu PDRM akan terus bekerjasama dengan kementerian pelancongan untuk memastikan keselamatan di Kota Kinabalu Terjamin,” katanya.

Sementara itu Christina berkata dengan kerjasama antara kementeriannya dan PDRM mampu memberi cerminan kepada pelancong berkenaan keadaan keselamatan di Sabah. -SabahNewsToday