Pilih Bahasa

Kesedaran awam terhadap keselamatan elektrik penting

KENINGAU: Usaha bagi meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan elektrik terus dilakukan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) Pantai Barat Negeri Sabah bagi memberi maklumat kepada orang awam termasuk bagi berkongsi aspek kecekapan tenaga.

Pengarah Kawasan ST Pandai Barat Sabah, Jefrey Nuri berkata bagi tujuan tersebut, sebuah seminar telah diadakan di Balai Raya Kampung Mempikit Laut yang turut dihadiri oleh 60 peserta yang terdiri daripada penduduk setempat.

Jefrey (dua dari kanan) memberi penerangan kepada anggota bomba. – Gambar SNT/Ihsan Suruhanjaya Tenaga

“Kita mahu memberi kesedaran orang awam tentang keselamatan elektrik, antara lainnya termasuk kaedah  pendawaian elektrik yang selamat serta cara penggunaan elektrik yang lebih cekap.

“Selain itu kita juga amat berharap pendedahan yang diberikan melalui seminar ini mampu untuk mengurangkan atau paling baik adalah mengelakkan berlakunya sebarang kes kemalangan berpunca daripada elektrik dan gas,” katanya.

Merakam kenangan bersama peserta seminar. – Gambar SNT/Ihsan Suruhanjaya Tenaga

Tambah beliau lagi, usaha itu adalah sebuah usaha berterusan yang akan diadakan dari semasa ke semasa. – SabahNewsToday