Pilih Bahasa

Keselamatan pelancong perlu diutamakan

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Mohamaddin Ketapi. – Gambar fail SNT

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya mengecam sekeras-kerasnya perbuatan dan aktiviti pengeboman ikan yang dilakukan sesetengah nelayan dan individu di perairan negara khususnya di peraiaran Semporna, Sabah.

Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata perbutan dan aktiviti seumpama tidak hanya membahayakan pelancong malah akan turut mengganggu ekosistem di satu-satu perairan.

Menurut laporan yang disahkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah kejadian aktiviti haram tersebut telah mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang termasuk pelancong.

“Kejadian yang berlaku antara pukul 4 dan 5 petang itu telah mengorbankan penyelam professional warga tempatan dan pelancong dari China,

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan saya sedang menantikan laporan penuh polis berhubung kejadian terbabit”, katanya sebagai mengulas kejadian yang berlaku berhampiran Pulau Bumbum , Semporna petang semalmam

Tambah Mohamaddin apa yang lebih penting buat masa ini adalah memastikan keselamatan perjalanan dan aktiviti pelancong yang sedang bercuti di kawasan terbabit.

“Selain dari kita menunggu laporan penuh kejadian, apa yang penting adalah memastikan kejaidan sama tidak berulang dan memastikan keselamatan pelancong dan orang awam terjamin”

“Perkara ini tidak hanya perlu ditegaskan kepada pemain industri pelancongan malah kita memohon kerjasama pihak berkuasa tempatan bagi memastikan soal keselamatan tersebut ditahap tertinggi,” katanya.

Jelas Mohamaddin aktiviti bom ikan tersebut bukan perkara baru kerana pihak berkuasa tempatan telah memaklumkan kejadian seumpama sebelum ini.

“PBT berkaitan telah menjalankan tugas mereka sebaiknya bagi memastikan keselamatan perairan negara di tahap tertinggi namun terdapat pihak-pihak dan individu yang masih berdegil.

“Mereka-mereka ini seharusnya sedar bahawa aktiviti mereka terbabit telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan merosakkan ekosistem”.

“Saya berharap pihak yang bersalah dikenakan hukuman setimpal dan aktiviti tersebut dihentikan segera sebelum banyak lagi nyawa terkorban,” katanya. – SabahNewsToday