Pilih Bahasa

KESTABILAN DAN KEHARMONIAN RAKYAT DI SABAH PERLU DIKEKALKAN

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

KEMABONG : Kestabilan politik dan sosial hanya mampu dicapai dengan kebersamaan antara kaum dan agama di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaafar berkata tanpa nilai kebersamaan itu kejayaan dan keharmonian yang dinikmati rakyat pada hari ini mungkin tidak mampu dicapai.

Jamawi bersama para tetamu lain berada pentas bagi acara memukul gendang sebagai sombolik perasmian Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DUN Kemabong. – Gambar SNT / Ehsan DUN Kemabong

“Keharmonian antara agama adalah berlandaskan kepada persefahaman serta hormat menghormati dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan  Tahun Baharu Cina 2019 DUN Kemabong di sini hari ini.

Lebih 2,000 orang menghadiri majlis tersebut yang diserikan dengan pelbagai acara antaranya persembahan kebudayaan, hiburan dan tarian singa.

Jamawi (tengah) menerima cendera kenangan dari penganjur sambutan Tahun Baharu Cina DUN Kemabong. – Gambar SNT / Ehsan Dun Kemabong

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkata, perpaduan dalam kepelbagaian kaum menjadikan Malaysia sebagai negara contoh yang dihormati masyarakat antarabangsa.

“Kita tidak mempunyai ketegangan, konflik keganasan yang dilalui negara lain dan mereka mengatakan Malaysia adalah negara yang aman dan sejahtera,” katanya.

Tambah Jamawi di Sabah amalan berkongsi perayaan dan semangat kunjungi mengunjungi telah lama dipraktikkan dan ia menjadi budaya hormani di negeri ini yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama.

“Hari ini rakyat pelbagai bangsa turut meraikan Sambutan Tahun Baharu Cina, justeru marilah kita mempraktikkan nilai ini sebagai teras kepada perpaduan sesama kita.

“Apa yang penting untuk kita mencapai aspirasi sebagai negara yang lebih kukuh dan terbaik daripada aspek kebersamaan dan perpaduan rakyatnya,” ujarnya. – SabahNewsToday