Pilih Bahasa

Ketengahkan produk tempatan kepada pelancong: Azizah

Azizah (tiga dari kiri) melawat produk tempatan semasa Program Hari Kreativiti Se’Beaufort 2019 di Dewan Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun Banir. – Gambar SNT/Ihsan Parlimen Beaufort

BEAUFORT: Industri produk tempatan berasaskan makanan dan kraftangan yang dihasilkan pengusaha dari Beaufort dan Kuala Penyu berpotensi untuk diketengahkan lebih jauh hingga ke luar negara.

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun berkata ini memandangkan kedua-dua daerah itu memiliki produk yang boleh dimajukan khususnya dalam sektor pelancongan dan pertanian.

“Program kreativiti boleh menghasilkan reka cipta yang berinovasi seperti pakaian, makanan dan hasil kraftangan sebagai produk pelancongan yang menarik untuk pelancong luar dan dalam negara datang berkunjung ke Beaufort.

“Selain mencungkil bakat penduduk Beaufort ia juga menggalakkan budaya kreativiti serta inovasi dalam kalangan masyarakat di sini,” katanya ketika berucap semasa Program Hari Kreativiti Se’Beaufort 2019 di Dewan Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun Banir sini, semalam.

Majlis perasmian disempurnakan Abdul Kusen [email protected] yang mewakili Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Menurut Azizah hasil produk tempatan dari daerah ini dapat dipromosikan dan dipasarkan agar menjadi satu tanda kepada daerah Beaufort.

Azizah bergambar kenangan dengan warga Beaufort yang hadir pada Program Hari Kreativiti Se’Beaufort 2019 di Dewan Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun Banir. – Gambar SNT/Ihsan Parlimen Beaufort

Beliau juga berharap program kreativiti ini akan menjadi program tahunan Parlimen Beaufort dan meminta kerjasama serta sokongan dari pihak kerajaan Persekutan dan negeri serta agensi berkaitan dapat membantu mencungkil bakat serta kreativiti pengusaha tempatan.

Jelasnya usaha itu sejajar dengan hasrat kementerian untuk meningkatkan kualtiti produk pelancongan negara.

“Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah bukan setakat untuk para pelajar sahaja tetapi juga dapat mencungkil bakat dan kreativiti disamping  mempromosikan daerah ini sebagai daerah istimewa untuk pelancongan yang datang berkunjung,” katanya.

Sehubungan itu beliau berharap pihak yang aktif dalam bidang perniagaan dapat bersama-sama membantu kerana ia akan memberi pulangan kepada masyarakat setempat hasil aktiviti pelancongan di daerah itu. – SabahNewToday