Pilih Bahasa

Ketua Menteri melawat pusat media Dun

Oleh Sabah News Today

Mohd Shafie (duduk) bersama dengan pengamal media Sabah di Pusat Media Dewan Undangan Negeri hari ini. Gambar SNT/Ihsan Jabatan Penerangan

BERSAMA MEDIA … Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sempat melawat pusat media di Dewan Undangan Negeri (Dun) petang ini.

Beliau beramah-mesra dengan pengamal media yang sedang membuat liputan persidangan sebelum mengadakan sidang akhbar.

Mohd Shafie bersama pasukan dari Sabah News Today yang membuat liputan sepanjang persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini. Gambar SNT/Ihsan JKM

Selepas itu beliau turut bergambar dengan wakil-wakil setiap agensi media yang hadir sebelum beredar keluar 15 minit kemudian.

Pada ketika berita ini ditulis sesi penggulungan setiap Kementerian bagi usul terima kasih atas ucapan dasar kerajaan disampaikan oleh Yang DiPertua Negeri masih lagi berlangsung.

Shafie akan turut menyampaikan ucapan penggulungan bagi Jabatan Ketua Menteri dan Kementerian Kewangan nanti.

Selesai sesi penggulungan, terdapat dua Rang Undang-Undang dan satu usul tergempar mengenai hak-hak Sabah dan MA63 yang akan dibentangkan.-SabahNewsToday