Pilih Bahasa

KFC Sabah salur sumbangan kepada 10 organisasi amal

Oleh Mohd Nazllie Zainul

KOTA KINABALU: Rangkaian restoran makanan segera terkemuka KFC Sabah menyerahkan sumbangan kepada 10 organisasi amal di negeri ini.

Antara organisasi amal berkenaan termasuklah Rumah Amal Kasih, Yayasan Kebajikan Suria, Tuaran, The Befrienders, Rumah Bakti Harapan dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Papar atau Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah.

Lo (berdiri tujuh daripada kiri) bersama wakil organisasi amal pada majlis penyerahan sumbangan di Kota Kinabalu. -Gambar SNT/ Mohd Nazllie Zainul

Dilaksanakan sebagai salah satu program tahunan, sumbangan bernilai RM44,000 itu diberikan sempena sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Raya Aidilfitri.

Semua sumbangan berkenaan adalah hasil kutipan daripada tabung derma Add Hope di 64 restoran KFC seluruh negeri.

Lo (kanan) menyampaikan sumbangan kepada wakil organisasi amal dalam acara penyampaian di Kota Kinabalu. -Gambar SNT/ Mohd Nazllie Zainul

Bagaimanapun, hanya ada enam wakil organisasi sahaja yang dapat hadir dalam acara terbabit.

Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Pengurus Besar Kanan QSR Stores Sdn Bhd, YF Lo.

Lo (kanan) menyampaikan sumbangan kepada wakil organisasi amal dalam acara penyampaian di Kota Kinabalu. -Gambar SNT/ Mohd Nazllie Zainul

Yang turut hadir Pengurus Pemasaran dan Katering QSR Stores Sdn Bhd, Datin Anna Au.

Dalam pada itu, program sama juga dilaksanakan pada sambutan Tahun Baru Cina serta Krismas saban tahun. -SabahNews Today