Pilih Bahasa

Khemah Op Covid-19 diterbangkan angin kencang

Oleh Junaidi Ladjana

SIPITANG: Sekatan jalan raya Op Covid-19 di Kampung Nalayuan di sini, tergendala seketika selepas khemah berkenaan diterbangkan angin kencang, petang semalam.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, petugas terdiri daripada polis, tentera dan Rela selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Petugas Op Covid-19 menahan besi payung daripada diterbangkan. – Gambar SNT/Ihsan IPD Beaufort

Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Champin Piuh berkata ketika itu, petugas Op Covid-19 terdiri daripada dua anggota polis, tiga anggota tentera dan dua anggota Rela sedang bertugas di lokasi berkenaan.

“Hujan dan angin kencang melanda menyebabkan khemah Op Covid-19 berkenaan berterbangan.

“Namun tiada kecederaan dan khemah gantian dipasang semula dan tugasan Op Covid-19 berjalan seperti biasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Keadaan khemah Op Covid-19 yang diterbangkan angin kencang di sekatan jalan raya Kampung Nalayuan, Sipitang – Beaufort. – Gambar SNT/Ihsan IPD Beaufort

Menurutnya, pengorbanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) barisan hadapan tidak kira hujan atau ribut demi keselamatan dan kesihatan warga daerah ini dan orang ramai.

“Semua warga Sipitang supaya mematuhi sepanjang tempoh PKP Fasa ke-2 ini kerana wabak Covid-19 menyerang sesiapa saja dan boleh membawa maut. – SabahNewsToday