Pilih Bahasa

KINABALU REDS – KELAB PENYOKONG RASMI LIVERPOOL FC PERTAMA DI BORNEO

Oleh Alfred Petrus


Presiden Kinabalu Reds Andy Adrian Raja (tengah) bersama ahli jawatan kuasa penganjur Majlis Makan Malam Kinabalu Reds di hotel Ming Garden, Kota Kinabalu, baru-baru ini. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Kinabalu Reds menjadi kelab penyokong rasmi Liverpool FC yang pertama di Borneo.

Kinabalu Reds dianugerahkan status ‘Official Liverpool Supporters Club of Sabah” oleh Liverpool FC pada 3 September 2018.

Majlis pelancaran telah diadakan sempena makan malam tahunan kelab di Ming Garden Hotel pada Ahad lepas.

Selain itu, Presiden Kinabalu Reds Andy Adrian Raja berkata majlis berkenaan diadakan juga bertujuan untuk mengeratkan persahabatan antara semua ahli kelab selain memberikan informasi terkini aktiviti-aktiviti kelab itu.

Majlis turut dihadiri oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah Kenny Chua, yang juga merupakan peminat setia pasukan Liverpool FC, selain daripada Presiden Official Liverpool Supporters Club (OLSC) Kuala Lumpur (KL Kopites ), Sashidaran Batmanathan, wakil The Kop End Singapura Mariano Ranjan dan wakil Liverpool FC Hong Kong Patrick Wong.

Pada majlis itu juga, empat pemenang tiket bertuah telah memenangi pakej ke Anfield, Liverpool bagi menyaksikan perlawanan Liverpool menentang Huddersfield pada 27 April 2019.
  
Sementara itu, maklumat lanjut atau pendaftaran menjadi ahli Kinabalu Reds boleh didapati dengan melayari laman sesawang www.kinabalureds.com atau facebook page LIVERPOOL FC SUPPORTERS CLUB OF SABAH -SabahNewsToday