Pilih Bahasa

KIULU SEBAGAI DAERAH KECIL SEDANG DALAM PERLAKSANAAN: MOHD SHAFIE

Oleh Chris Maskilone

Mohd Shafie dan Madius serta menteri kabinet bersama dengan tetamu jemputan memotong kek Krismas. Gambar SNT/Ehsan Upko

KIULU: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata penaikan taraf Kiulu kepada daerah kecil sedang dalam perlaksanaan.

“Ya ianya sudah diumumkan dan sedang dilaksanakan,” katanya apabila ditemui selepas menghadiri Rumah Terbuka Krismas Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau di Dewan Kiulu hari ini.

Mohd Shafie dan Madius ber”wefie” dengan para pengunjung. Gambar SNT/Ehsan Upko

Status Kiulu sebagai sebuah daerah kecil telah diumumkan sebelum Pilihanraya Umum ke-14 dan turut dilaporkan tapak bagi pejabat daerah kecil telah pun dicadangkan.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata kehadiran daripada pelbagai lapisan kaum dalam sambutan Krismas di sini menunjukkan keunikan keharmonian rakyat Sabah.

“Kita harus pelihara ini dengan baik. Saya yakin dibawah kepimpinan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau ini akan terus sampai ke peringkat akar umbi,” katanya.

Madius bersama dengan pemimpin Upko dan tetamu jemputan. Gambar SNT/Chris Maskilone

Lebih 2,000 pengunjung hadir memeriahkan Rumah Terbuka Krismas tadi.

Antara yang hadirlah Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Ewon Benedick, Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong dan pembantu-pembantu menteri.

Mohd Shafie menyuapkan kek krismas kepada Madius selepas acara pemotongan kek Krismas. Gambar SNT/Ehsan Upko

Turut hadir sama adalah isteri kepada Madius, Datin Dr Jaina Sintian, timbalan presiden Upko Senator Datuk Donald Mojuntin, setiausaha agung Upko Nelson Angang, Adun Paginatan Datuk Abidin Madingkir, Adun Kuala Penyu Datuk Limus Jury dan Adun Datuk James Ratib, Ketua Pemuda Upko Felix Joseph Saang serta ahli majlis tertinggi Upko dan pengerusi penganjur Ricky Chin.

Antara acara menarik dalam rumah terbuka tersebut ialah cabutan pengunjung bertuah dengan hadiah utama dimenangi oleh Charles Jauti daripada Kampung Rumindako.-SabahNewsToday