Pilih Bahasa

K’jaan Negeri benarkan Kedai Elektronik dan Elektrik, Kedai Baja dan Kimia beroperasi tiga hari seminggu

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri melalui Sabah Covid-19 Command Centre (SC19CC) hari ini memutuskan untuk membenarkan kedai elektronik dan elektrik serta kedai baja dan kimia beroperasi tiga hari seminggu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Datuk Safar Untong. Gambar Fail SNT

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong yang juga pengerusi SC19CC berkata kedai-kedai ini akan dibenarkan beroperasi bermula 8pagi hingga 5 petang setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu.

Kedai-kedai yang dibenarkan beroperasi akan dikenalpasti oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, katanya.-SabahNewsToday