Pilih Bahasa

KKIFF terus pergiat lahirkan pembikin filem muda tempatan

Oleh Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Festival Filem Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIFF) terus pergiat melahirkan lebih ramai pembikin filem muda tempatan.

Penaung KKIFF, Datuk Adeline Leong berkata pihaknya mahu filem-filem tempatan yang dihasilkan bulan hanya berkualiti tetapi mampu ditayangkan di Asia Tenggara tetapi juga melebihi jangkauan tersebut.

Adeline (depan tengah) merakamkan gambar kenangan dengan Pengarah KKIFF, Jude Day (depan kiri) bersama penyokong filem pendek KKIFF yang hadir. Gambar SNT/Alfred Petrus

“Saya sudah bersama-sama dengan KKIFF lebih daripada 10 tahun lamanya dan sudah mengadakan beberapa program seumpama ini.

“Sepanjang lebih 10 tahun ini, kami juga mengadakan pertandingan pembikinan filem pendek dan hanya 20 hingga 30 penyertaan sahaja.

“Namun, sekarang ramai yang telah menyertainya bukan hanya dari Asia Tenggara tetapi leboh daripada itu.

“Oleh sebab itu, KKIFF mengadakan kursus dan latihan pembikinan filem untuk mengukuhkan kemahiran mereka sebagai pembikin filem muda tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pelancaran KKIFF 2019 di pusat membeli belah Imago, pada Sabtu.

Tambahnya daripada usaha itu, sesetengah daripada peserta atau pembikin filem muda telahpun berjaya.

“Filem arahan mereka telah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa,” jelasnya. -SabahNewsToday